Monday, 9 January 2017

Pokok


#atkameronhailen

'As the tree grow taller you grow older'

Good to see you 2017,
You're not really growing last year,
Hope to see your new and interesting inner thought this year,
Everything happen for a reason,
You yourself is the one who can change it,
Remember the good virtue,
Avoid destructive thing,
Once in a while, do visit me,
Let's share something sweet, meaningful and thoughtful,  ,
So there will be no regret or sigh,
Lastly, say hi to the better you.

#todayismymombirthdayselamatharilahirumi:)





Thursday, 29 May 2014

Pengurusan Masa Sebagai Seorang Pelajar




Definisi:
Pengurusan masa secara umumnya didefinisikan sebagai proses merancang,mengatur dan memperuntukkan masa bagi melaksanakan sesuatu tugas agar dapat membuahkan hasil yang berkualiti.Dari sudut sebagai seorang pelajar, pengurusan masa merupakan sesuatu yang membantu dalam mendorong pelajar mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang yang diceburi.
Permasalahan yang dialami pelajar selalunya berkaitan dengan masa yang tidak mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran terutamanya ketika musim peperiksaan.Jalan penyelesaian yang ditemui adalah dengan melihat kembali kepada cara penggunaan masa.Sesetengah pelajar yang berjaya juga mempunyai 24 jam yang sama seperti kita.Jadi mengapa keputusan yang kita dapat di dalam peperiksaan berlainan dengan mereka. Paul J. Meyer mengatakan ‘most time is wasted,not in hours,but in minutes. A bucket with a small hole in the bottom gets just as empty as the bucket that is deliberately emptied.’ Di sini Paul J. Meyer membandingkan orang yang melakukan kerja tanpa perancangan yang teliti  hanyalah sama dengan mereka yang membiarkan masa terbuang tanpa melakukan apa-apa menunujukkan betapa penting dan kritikalnya pengurusan masa sebagai salah satu faktor kejayaan.
Dari sudut pandangan Islam pula,Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud,
Demi Masa!  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
-(Surah Al-’Asr (103) ayat 1-3)
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta ‘ala menerangkan manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh.Beramal soleh di sini tidak hanya membawa maksud solat,puasa dan zikir sahaja,tetapi ia meliputi semua amalan yang soleh di dalam Islam seperti menghubungkan silaturahim,cemerlang dalam pelajaran dan profesional dalam kerjaya.Dari segi konteks sebagai seorang pelajar,mereka yang mempunyai pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam bidang yang diceburi.


Prinsip-prinsip Pengurusan Masa:
Pengurusan masa yang berkesan mampu membuatkan kita menyusun aktiviti yang ingin dilakukan dengan cara yang terancang.Dalam hal ini, ketepatan masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan mampu menghasilkan tugasan yang berkualiti.Untuk mencapai hasil tersebut 3 prinsip asas yang perlu ada dalam pengurusan  masa hendaklah dipatuhi.
1)      Pelbagai sumber
Sumber di sini bermaksud merancang pengurusan masa melalui pelbagai rujukan.Dari konteks pelajar sumber di sini boleh dilihat sebagai teknik dan gaya pembelajaran . Sebelum menyediakan jadual waktu,aspek-aspek lain seperti gaya pembelajaran hendaklah dititikberatkan. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Contoh di sini ialah gaya pembelajaran melalui teknik VAK iaitu:
a)      V-Visual:Pembelajaran dengan cara melihat gambar dan memerhati.
b)      A-Auditori:Pembelajaran dengan cara mendengar dan menghafal
c)      K-Kinestatik:Pembelajaran melalui praktikal dan latihan.
Setiap pelajar juga mempunyai tahap konsentrasi yang berbeza. Ada pelajar boleh berlajar sehingga satu jam satu sesi.Ada juga yang mampu bertahan sehingga 2 jam satu sesi.Ada juga pelajar yang hanya mampu bertahan sehingga 30 minit dan ada juga yang hanya mampu bertahan untuk sepuluh minit satu sesi. Jadi dengan mengetahui tahap konsentrasi sendiri, pelajar boleh membina jadual waktu yang bersesuai untuk mereka dengan jumlah waktu belajar yang sama.
Pelajar juga perlu mengenalpasti waktu belajar yang sesuai atau berkesan untuk mereka. Setiap orang mempunyai waktu belajar berkesan mereka sendiri. Ada yang malam, ada yang awal pagi dan ada juga yang petang. Jadi ia terpulang kepada diri pelajar masing-masing.

2)      Proses peribadi
Proses peribadi dalam konteks sebagai seorang pelajar boleh diertikan sebagai sikap peribadi dan personaliti pelajar dalam menepati jadual dan menguruskan masa. Secara mudahnya, semangat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas serta fokus dan perhatian yang tinggi terhadap tugas tersebut.Aspek pembaziran dan sikap malas juga mempengaruhi pengurusan masa yang berkesan.

3)      Cekap dan Berkesan
Aspek cekap dan berkesan juga berkaitan dengan proses peribadi.Jika fokus dan perhatian yang tinggi diberikan dalam menyiapkan sesuatu tugasan, pasti akan membuahkan hasil yang berkualiti.Kerja yang dilakukan berkesan dan matlamat tercapai.


‘Test of Time’:
 ‘Test of time’ atau ujian terhadap masa menyatakan 3 jenis ujian yang perlu dihadapi dalam mencapai pengurusan masa yang berkesan iaitu,ujian terhadap keperluan (Necessity), kesesuaian(Appropriateness) dan keberkesanan(Efficiency).
Sesuatu tugasan perlu dibahagikan dengan bijak samada tugasan pelajaran mahupun kehidupan seharian.Sebagai contoh,antara keperluan kepada ulangkaji terhadap kuiz atau ‘test’ yang bakal diadakan oleh guru pada keesokan hari dengan keperluan kepada memenuhi ajakan kawan untuk keluar makan malam bersama. Sebagai seorang pelajar,kita perlu memilih untuk mengulangkaji pelajaran dan menangguhkan jemputan dari kawan kepada hari yang lain tetapi perlulah secara berhemah.Berhemah di sini bermaksud menerangkan alasan-alasan yang munasabah tanpa mengguris hati dan kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat. Ujian keperluan ini perlu diuruskan sebaik mungkin agar tidak mengganggu perancangan masa yang ditetapkan.
Dalam sepotong hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majjah mengatakan,Rasulullah menyatakan bahawa antara kebaikan seorang Muslim itu ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.Dapat difahami di sini bahawa,sebagai seorang pelajar kita haruslah bijak menghalang diri dari melakukan kerja-kerja yang tidak bermanfaat yang boleh mengganggu kualiti pembelajaran kita.Tapi tidaklah dimaksudkan di sini keluar dengan kawan itu tidak bermanfaat.Kita boleh merujuk kepada ujian yang kedua iaitu ujian kesesuaian di mana kita boleh melihat samada sesuai atau tidak keluar makan dengan kawan pada waktu tersebut.
Dari riwayat Bukhari dan Muslim,Rasulullah s.a.w. bersabda, “bekerjalah kamu di dunia seperti kamu akan hidup seribu tahun,dan beramallah kamu di akhirat seperti kamu akan mati esok hari.” Rasulullah s.a.w. menyuruh kita bersungguh-sungguh dalam semua perkara samada dalam bekerja atau beibadah. Konsep ini sama jika dilihat pada ujian kesesuaian dan keberkesanan terhadap masa bagi seorang pelajar. Contohnya, proses pembelajaran di dalam kelas kita perlulah memberi fokus yang sepenuhnya kepada guru di hadapan.Sekiranya terdapat pelajar yang berbual kosong atau tidak memberikan tumpuan yang serius,perlakuan tersebut akan menyumbang kepada kefahaman yang kurang terhadap pelajaran yang diajar.Perkara yang dilakukan itu tidak bersesuaian pada waktu dan tempat.Malah akan mengurangkan keberkesanan dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Justeru,ujian seperti ini boleh dijauhi dengan menanam sikap bersungguh-sungguh terutamanya dalam menuntut ilmu.

Kaedah Pengurusan Masa:
Dari Sudut Pandangan Teori Barat:
1)      ‘Tyranni Of Urgent’.
Dalam buku Tyranny of the Urgent by Charles E. Hummel, Hummel berdebat tentang perselisihan antara perkara yang segera(urgent)dan perkara yang penting(important)dan bagaimana kebiasaanya perkara yang segera selalu diberi keutamaan daripada perkara yang penting.Dan akhirnya perkara yang betul-betul penting dan perlu diberi perhatian, hampir-hampir tidak diambil kisah dan peduli.
Contoh termudah yang boleh diambil,adalah apabila seseorang pelajar diberi tugasan yang perlu dihantar keesokan hari.Pada masa yang sama, pelajar tersebut juga mempunyai latihan badminton di waktu petang bersama rakan-rakan.Di sini,kita boleh membahagikan kedua-dua permasalahan tersebut kepada segera iaitu tugasan yang perlu disiapkan dan kepada penting iaitu latihan badminton bersama rakan. Kebiasaannya pelajar akan mendahulukan yang segera dari yang penting iaitu menyiapkan tugasan daripada meluangkan masa bersama rakan.Jika dilihat sekali imbas,perkara ini tiada salahnya.
Namun, Hummel menegaskan disamping perkara yang segera kita juga perlu melihat perkara yang penting. Tidak salah juga apabila kita meluangkan sedikit waktu untuk bersukan dan merapatkan silaturrahim bersama rakan.Tugasan yang diberikan pula boleh disiapkan pada waktu malam.Islam juga menganjurkan kita untuk bersukan demi kekuatan dan kesihatan. Berkenaan kekuatan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
 Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.[5]

Dengan bersukan dan tubuh badan yang sihat juga sebenarnya boleh membantu kita memberi fokus yang lebih dalam menyiapkan tugasan pada malam harinya.

2)      ‘Eisenhower Box’
Eisenhower Box’ ini merupakan satu teknik pengurusan yang diperkenalkan dan digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat iaitu Presiden Dwight D. Eisenhower(1953-1961). Beliau membahagikan kesemua tugasannya kepada empat tahap iaitu:
1. Segera (urgent) dan penting (important)
2. Segera (urgent) tetapi tidak penting (important)
3. Tidak segera (not urgent) tetapi penting (important)
4. Tidak segera (not urgent) dan tidak penting (not important)
Beliau membahagikan semua tugasannya kepada empat tahap seperti di atas. Bagi tugasan segera (urgent) dan penting (important) – beliau akan meletakkan sebagai prioriti utama untuk diselesaikan. Manakala tugasan tidak segera (not urgent) tetapi penting (important) akan diberikan tarikh akhir untuk menyempurnakannya.
               Beliau akan memastikan agar tugasan yang segera (urgent) tetapi tidak penting (not important) diserahkan kepada wakilnya mengikut kesesuaian tugas untuk disempurnakan. Tugasan yang dipastikan tidak segera (not urgent) dan tidak penting (not important) akan digugurkan dari senarai tugasan utama dan boleh diselesaikan kemudian.

Dari konteks seorang pelajar,kita boleh membahagikan tugasan harian seperti contoh berikut:


Segera
Tidak Segera
Penting
-Ujian
-Projek
-Tugasan
-Masalah mendesak
-Belajar unutk peperiksaan
-Membuat latihan
-Meringkaskan nota
-Memahami pembelajaran
Tidak Penting
 -Gangguan
-Panggilan telefon
-Surat-menyurat
-Lporan minit-mesyuarat
-Permainan komputer
-Bersembang
-Telefon
-Aktiviti Santai



Dari Sudut Pandangan Islam:
Pelajar di zaman modenisasi ini sentiasa diukur dari segi kemampuan untuk bertindak cekap dan pantas tetapi berkesan serta mampu melaksanakan pelbagai peranan dan fungsi bukan hanya peranan sebgai seorang pelajar malah peranan-peranan lain dalam menjadi khalifah di bumi. Keadaan ini menjadikan seseorang pelajar itu semakin sibuk. Di sebalik kesibukan ini, setiap hari ramai pelajar menghadapi dilemma kerana terlalu banyak perkara untuk dipilih dan dilakukan. Ada juga perkara yang harus dilepaskan atau ditangguhkan ke tepi buat sementara waktu.Untuk menghadapi situasi sebegini Islam menyarankan satu pendekatan iaitu pengurusan masa menerusi konsep ‘Fiqh Aulawiyyat’.
Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi mentakrifkan ‘Fiqh Aulawiyyat’ sebagai :
Menetapkan sesuatu pada martabatnya, tidak mengkemudian apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar dan membesarkan perkara yang kecil’.(Terjemahan dari:diniahfalahiah.blogspot.com)

Dari sudut pengurusan masa, Fiqh Awlawiyyat menekankan konsep menetapkan keutamaan (prioritize) dalam membuat perancangan kerja. Berdasarkan Fiqh Awlawiyyat, setiap tugas boleh diukur keutamaannya berdasarkan tiga (3) perkara berikut:
·  Ad-Dharuriyyat :perkara-perkara asas yang mutlak dan penting (makanan, pakaian, tempat tinggal)
·  Al-Hajjiyyat :perkara-perkara yang penting dan tanpanya ia menimbulkan kesukaran dan menyukarkan sesuatu urusan.
·  At-Tahsiniyyat : perkara-perkara yang dianggap perkara yang mencantikkan (luxury) dan memberikan nilai tambah yang menyumbang kepada kepuasan.
Dari konteks seorang pelajar,penyusunan tugasan mengikut Fiqh Awlawiyyat dapat membantu anda menyusun tugasan dengan lebih mudah.Sebagai contoh,
·         Ad-Dharuriyyat: Mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan dari guru.
·         Al-Hajjiyyat: Rehat atau tidur sebentar setelah penat mengulangkaji pelajaran atau keluar bersukan.
·         At-Tahsiniyyat: Menonton televisyen,keluar berjalan-jalan,membeli-belah atau bermain game sepanjang hari.
Pengurusan masa melalui kaedah Islam ini amat menitikberatkan perkara-perkara yang utama dan mengenepikan perkara-perkara yang remeh-temeh. Sekiranya pelajar hanya berlegar-legar bagi menyelesaikan perkara-perkara yang bersifat At-Tahsiniyyat, maka pelajar tersebut hanya akan ketinggalan malah bergerak semakin mundur kebelakang terutama dalam bidang pelajaran.


Perkara-perkara yang Membazirkan Masa:
Banyak perkara yagn kita lakukan tanpa sedar sebenarnya mengundang kepada pembaziran masa yang jelas tidak disukai Allah seperti firmanNya di dalam Surah Al-Isra’ ayat 17 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan.” 
Antara perkara-perkara yang membazirkan masa adalah:

1.      Tugasan yang tidak teratur:
Tugasan dari konteks ini boleh diertikan sebagai teknik pembelajaran yang tidak teratur seperti teknik pembacaan dan nota yang tidak sistematik.Teknik pembacaan termasuklah memberi perhatian dan menggariskan serta menghafal isi-isi penting ketika membaca.Nota juga hendaklah disusun secara teratur dan senang difahami.

2.      Perasaan Malas:
Sikap malas merupakan lumrah di kalangan pelajar mahupun manusia.Tidak dapt tidak perasaan seperti ini harus diaatasi apatah lagi ketika menjelang musim peperiksaan.Di dalam Islam mengajar untuk melawan nafsu malas ini dengan perbanyakkan berdoa dan yakin kepada Allah.Rasulullah juga ada mengajar suatu doa di dalam sabda baginda,
“Ya Allah aku berlindung denganmu daripada penyakit tua dan kesediahn dari lemah dan malas,dari bakhil dan penakut,dan dari kalah  hutang dan kekuatan manusia,”
(Riwayat Bukhari)

3.      Gangguan luar:
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan gangguan.Antaranya telefon bimbit,internet dan perbualan kosong dari rakan.Satu pepatah mengatakan A minor interruption will lead to many other interruptions, bermaksud gangguan yang sedikit boleh menyumbang kepada gangguan-gangguan lain yang lebih besar. Ini kerana satu gangguan akan merosakkan fokus anda pada kadar dua hingga tiga kali ganda dari tempoh gangguan itu sendiri.Salah satu cara mengelakkannya adalah dengan menggunakan peranan ‘do not disturb please’ yang kebiasaan digantung di pintu bilik bermaksud ‘tolong jangan ganggu’.

4.      Melakukan semua tugasan secara berseorangan:
Sesetengah pelajar ingin melakukan kesemua tugasan secara berseorangan tanpa memerlukan bantuan orang lain.Contohnya, di dalam aktiviti berkumpulan.Hal ini akan mengundang kepada kerja yang terpaksa dilakukan dengan cepat dan tergesa-gesa.Rasulullah s.a.w. pernah berpesan di dalam sabdanya yang bermaksud,
“Ketenangan adalah dari Allah manakala ketergesa-gesaan adalah dari syaitan” .Tugasan yang perlu dilakukan dengan tergesa-gesa akan menyebabkan pelajar berasa tidak tenang dan tertekan dengan perkara tersebut dan boleh mengurangkan kualiti hasil kerja tesebut.Perkara sebegini boleh diatasi dengan mengagihkan kerja kepada ahli kumpulan lain.

5.      Sentiasa berkhayal dan tidak fokus:
Berkhayal kepada perkara lain merupakan perkara sinonim dalam diri pelajar tidak kira ketika guru mengajar di dalam kelas mahupun kettika mengulangkaji berseorangan. Tidak dapat tidak setiap pelajar pasti merasai pengalaman tersebut.Untuk mengatasinya pelajar perlu meletakkan fokus yang tinggi di dalam kelas dan bersungguh-sungguh belajar.Sebelum belajar,tanamkan azam dalam diri unutk menghabiskan topk yang dibaca supaya cepat tersedar apabila fikiran mula berangan-angan.Rasululah juga ada menyebut tentang kerja dan amalan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh.Sabda Rsulullah s.a.w. yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi jika seseorang itu beramal, dia beramal dengan cemerlang.[2]


6.      Pelawat yang tidak diundang:
-Pelawat yang tidak diundang boleh didefinisikan sebagai sesuatu tugasan atau orang yang datang tanpa dialu-alukan.Perkara tersebut boleh mengganggu kualiti pengurusan masa kita.Untuk mengelakkannya kita perlu tegas dalam mengatakan tidak kepada gangguan tersebut.Contohnya,sekiranya seseorang datang dan bertanya “ada masa untuk saya?”.Jawablah “tidak” dengan jujur dan adakan temu janji untuk berjumpa pada waktu yang lain atau setelah anda selesai menyiapkan tugasan anda.


7.      Sikap negatif dalam diri:
Pengurusan masa memerlukan disiplin diri yang mantap.Kebanyakan pelajar suka memberikan sikap acuh tak acuh dan cuba berselindung dengan pelbagai alasan.Sikap negatif seperti ini perlulah diatasi kerana ia akan menyebabkann pengabaian tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada pelajar terbabit.

8.      Tidak tahu membezakan keutamaan sesuatu tugasan:
Kebanyakan pelajar mempuyai sikap melakukan sesuatu tidak secara fokus dan berprioriti.Sebagai contoh, pelajar terlalu asyik dengan aktiviti lain sehingga mengabaikan apa yang sepatutnya mereka lakukan.Antaranya,
-menonton televisyen 2-3jam setiap hari
-keluar makan bersama rakan dalam tempoh yang lama,2-3jam.
Perkara-perkara sebeginilah yang menyumbang kepada ketidakcekapan pelajar dalam menguruskan masa mereka.




‘Planning Aids’:
‘If you fail to plan you are planning to fail’.
Cara yang paling senang untuk membantu  menyusun dan mengatur masa adalah melalui pembinaan jadual waktu yang terbahagi kepada dua iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek.Jadual yang dibina hendaklah dirancang dengan teliti agar selari dengan kerja dan masa yang ada.Jadual tersebut juga hendaklah disemak untuk mengelakkan terlepas pandang perkara-perkara yang penting.

a)      Long Term Planning Aids:
Dibahagikan kepada 4 jenis iaitu Action Planning Worksheet,Milestone Chart,P.E.R.T. Diagram dan  Master Calendar.



-Action Planning Worksheet:

Objektif          : Menyiapkan laporan kewangan Kelab Fotografi Pussmas
                       :Menyiapkan kertas kerja Bengkel Menangani Stress Menurut Islam
                       :Mengulangkaji bab yang masuk dalam Midterm (subjek Management))
                       :Menyiapkan assignment management dalam masa 2 minggu
                       :Menyiapkan nota untuk ‘study group’(subjek Management)
             
Bil.
Tindakan
Jangkaan masa siap
Jangkaan tarikh buat
Penglibatan
1
Ulangkaji subjek Management (bab 1-5)
Exam: awal bulan 4
1 minggu
3-10/3/2014
-buku nota dan nota guru
2
 Assignment
2 minggu
3-17/3/2014
-laptop
-nota guru
-RM5 untuk print
-internet
-thumbdrive
3
Nota (study group)
2 hari
3-4/3/2014
-kertas A4(5-10 helai,buat spare)
-pen colour-colour(pinjam Jannah)
-nota guru
4
Kertas kerja
Hantar:sebelum 27/3/2014
1 minggu
18-25/3/2014
-rujukan:
Internet,kertas kerja lama,guru, pengarah &penolong,
-laptop
-pengesahan ketua sebelum 24/3/2014
5
Laporan kewangan
1 minggu
26-30/3/2014
-rujukan:
Laporan setiap unit,
-laptop
-pengesahan sebelum 29/3/2014

b)      Short term Planning Aids

-Daily Planning Worksheet:

Things to Do(3/3/2014)

Perkara
DONE??or NOT??
Masa
Tugasan untuk disiapkan:
-Ulangkaji bab Pengurusan Masa
-nota Bab 1-2

9-12pm
Telefon mereka-mereka ini:
-Sir Bell
(assignment)
-Miss Shaza
(kelas ganti Anatomy)
-Umi & Abah (rinduuuu)
-Jannah (pinjam pen colour2)
-Arunib (pinjam broadband)
-Ezmira ( suruh Whatsapp gambar event  semalam)

Ikut kesesuaian
Jumpa mereka-merka ini:
-HEP
(hantar surat)

2pm












Rujukan:
Internet:
1)Pengurusan Masa dari Perspektif Islam,M.Fauzi,27 Mac 2012,

2)10 Saranan bagi Pengurusan Masa yang Berkesan,M.Fauzi,14 april 2012,
3)Fighting the Tyranny of Urgent at Home,Tsh,15 Februari 2010,

Buku:
Panduan dan Asas untuk Mengurus Masa,Ahmad Fadzli Yusof & Abdul Razak
A.Mutalib,PTS Millenia Sdn. Bhd.,2007,cetakan pertama.




 -waninoshi-
-ciptaanAllah-
-assignment2014-