Wednesday, 20 July 2011

Perjuangan


Indahnya langit biru itu,
Terasa nyaman di hati,
Awan putih kelihatan dekat,
Sperti aku bakal menyentuhnya,
Aku ingin kekal seperti ini,
Selamanya.

Diriku dulu berjalan gembira,
Melalui laluan yang sama,
Tanpa kerisauan menerpa fikiran,
Hari-hariku riang dan ceria,
Bergelak tawa bersama rakan,
Ketika itu.

Cita-cita,harapan dan impian,
Seperti berjanji akan bertemuku,
Aku percaya semua itu,
Bakal tertunai jua,
Walau sesukar manapun.

Tetapi,
Realiti sebenarnya amat kejam,
Aku tidak mampu bertahan,
Kesukaran ini amat mengujiku,
Seperti janji yang dipahat itu,
Bakal lenyap.

Di dalam mimpi,aku masih berjalan gembira,
Realiti,aku sedang menangis teresak-esak,
Bolehkah aku terus berada di dalam mimpi sahaja?
Aku takut dengan realiti yang dihadapiku.

Namun,
Aku tahu,
Walau sejuta kali aku merintih,
Kehidupan ini perlu diteruskan,
Aku akan terus berusaha,
Sehingga ke saat akhir sekalipun,
Kerana orang di sekelilingku tidak pernah mengalah,
Dengan diriku yang kerdil ini.


Aku berjanji jika aku sudah dapat kembali,
Berpijak di bumi ini dengan gembira,
Sekali lagi aku akan kejar impianku,
Dan membantu semua yang,
Tidak pernah berhenti menolongku.

Perjuangan ini akan aku teruskan,
Berbekalkan semangat ini aku,
Tidak akan mengalah...

-Wani Noshi-

Tuesday, 19 July 2011

Terima Kasih

Nak ucap terima kasih tak susah.
It's just the matter,you want to say it or not.
I really want to say 'this' to everyone,
Especially to my family and also my friends,
I really want to express this feeling of gratitude.
Terima kasih untuk semuanya.

Umi terima kasih sebab selalu masakkan makanan yang sedap2,
Terima kasih sebab sudi dengar setiap masalah yang menimpa diri ini,
Terima kasih sebab selalu pujuk dan beri semangat untuk teruskan hidup,
Terima kasih untuk semuanya.

Abah,terima kasih sebab selalu hantar pergi sekolah,
Walaupun sekolah dengan rumah ambil masa dekat 1 jam,
Terima kasih sebab tidak berputus asa ajar diri ini bawa kereta,
Walaupun dah 2 kali test jpj gagal.

Abang,terima kasih sebab sanggup berubah for the sake of the family,
You're so great that no one can be able to do it like that,
Terima kasih sebab sedar x sedar you've teach  me the important of life.
Terima kasih sbb because of you, i've such a great brother.

Adik2,terima kasih sebab get along well with my fikiran yang xberapa betul ni,
Terima kasih sbb sudi jalan2 sambil shopping2 with me n mkn2 dkt kfc,
Terima kasih sbb adanya korang rumah ni tak rasa sunyi,
So,cepatlah sikit balik dari asrama tu,i miss you two a lot.

Kawan2,terima kasih cause teach me the meaning of friendships,
You guys are awesome for always care about me,
You guys listen to me the things that i cannot tell my parent,
For such that kindness even for a not very good person like me,thanks a lot.

For everyone who have help me a lot,thank you so much.
Aku sangat gembira kerana  masih ada orang yang sudi membantu orang lain.
Aku sangat gembira kerana masih ada kebaikan di hati setiap manusia.
Aku sangat gembira kerana aku masih dapat melihat senyuman ikhlas dari setiap pertolongan itu.
Dan senyuman itu sangat indah dan aku berjanji tidak akan melupakannya.
Terima kasih untuk semuanya.
Hanya Allah sahaja yang boleh membalasnya. 



Tanpa Sedar


Lama mereka berdiri di dalam dewan besar itu,
Sambil meletakkan tangan di atas kepala dan memejamkan mata,
Bicara senior meluncur laju ke kanan dan keluar semula dari kiri,
Hati gelisah memikirkan  jika air nila di tepi kaki bakal diambil,
Tanpa sedar,sudah 5 tahun semua itu berlalu.

Bersama-sama,tangan-tangan kecil itu membawa baldi masing-masing,
Berlari-lari menuruni tangga sambil memikirkan air yang bakal surut,
Berdentum bunyi baldi di sebelah ketika sedang memberus gigi,
Dengan berat hati,beralih dari tempat yang katanya sudah di cop itu,
Dengan senang hati,kawan itu berkongsi menyembunyikan kesedihannya,
Tanpa sedar,sudah 5 tahun semua itu berlalu.

Kerusi bangku itu diduduki ketika menunggu rakan yang lain,
Jeritan nama kedengaran kuat dari senior yang memanggil rakannya,
Hati kecil itu yakin suatu hari dia juga mampu berbuat begitu,
Hati kecil itu membilang hari baginya untuk bergelar senior,
Hati kecil itu berjanji akan menerima bakal juniornya dengan baik,
Tanpa sedar, sudah 5 tahun semua itu berlalu.

Tanpa amaran, ‘strawberi’ kedengaran ketika melangkah masuk,
Tanpa mempedulikan ejekan berjalan perlahan ke sof hadapan,
Tanpa menghiraukan kebisingan Al-Quran besar itu dibuka dan dibaca perlahan,
Tanpa ragu-ragu Al-Ma’thurat dibaca bersungguh-sungguh biar tidak lancar,
Tanpa bantahan bergerak ke sof belakang kerana diarahkan senior,
Tanpa sedar, sudah 5 tahun semua itu berlalu.

Selimut ditarik menutupi muka sambil mata dipejam rapat,
Namun diri berdegil tidak mahu tidur di atas tilam keras itu,
Perlahan mutiara jernih itu mengalir membasahi bantal,
Hati bertanya, “dunia kecil ini, adakah aku mampu betahan?”,
Kebingitan jam loceng di tepi mengejutkan mata yang kepenatan itu,
Tanpa sedar sudah 5 tahun semua itu berlalu.

Selawat as-Syifa’ dibaca penuh bersemangat bersama rakan di sisi,
Tangga di belakang dewan makan itu didaki dengan bersusah payah,
Tubuh kecil itu  menggalas dengan setia ilmu dibelakangnya,
Senyuman terukir ketika bersama-sama rakan menyiapkan kerja sekolah,
Dan dia tahu jawapan kepada pertanyaan hatinya semalam,
Tanpa sedar sudah 5 tahun semua itu berlalu.


-Wani Noshi-

Saat Itu


Di tengah-tengah  ruang solat itu,
Tangan tuanya diangkat perlahan lalu ditadah,
Mulut yang rapat ditutup itu tidak langsung mengeluarkan suara,
Mimbar di hadapannya ditatap dengan pandangan kosong,
Tiba-tiba air jernih mengalir perlahan diwajahnya,
           Saat itu aku tahu,hatinya yang berbicara.

Merantau jauh seorang diri tanpa keluarga di sisi,
Bertemu dengan pelbagai bangsa dan budaya,
Tidak pernah gusar merentas seluruh benua di dunia,
Namun  Mekah tidak pernah dijejakinya,
Haji belum  pernah dianugerahkan kepadanya,
Saat itu, aku tertanya-tanya siapakah dia?

Di ruang tamu yang kecil itu aku ditemuduga olehnya,
Jantungku berdegup kencang setiap kali membuka mulut,
Lidah aku berbelit cuba berlagak seperti orang putih,
Tetapi,dia hanya tersenyum dan bicaranya lancar,
Rela membantuku walau layaknya aku hanyalah secebis,
Saat itu, aku bersyukur kerana bertemu dengannya.

Amerika Syarikat tempat tinggal seorang anaknya,
Sepi rumah pangsa yang didudukinya menyayat hati,
Mencari teman hidup yang boleh bersama-samanya setiap hari,
Hasratnya untuk menjamah masakan di rumah, bukannya di kedai,
Ibu ayahku tanpa segan diminta untuk membantunya,
Saat itu,aku tahu bekas isterinya pernah minta diceraikan.

Bekas pensyarah di sebuah Universiti itu yang diceritakan kepadaku,
Hubungan erat dengan beberapa pemimpin itu yang dia ceritakan,
Serik  ditikam dari belakang oleh kawan baik sendiri,
Keinsafan akhirnya mengetuk pintu hatinya,
Perlahan-lahan dibuka mencari cahaya dari Illahi,
Saat itu, aku berharap aku juga dapat mencari cahaya itu,

Rezeki yang turun ditarik kembali,dia memejamkan mata rapat,
Tugasnya di dunia akhirnya tamat dan dikembalikan kepada Allah,
Pemergian yang meruntun jiwa sehingga aku tidak mampu menulisnya,
Masih terngiang permintaanya yang hanya inginkan cucur kodok,
Walau terkilan,masa yang berlalu tidak dapat diputar kembali,
Saat itu,aku mendoakan agar taubat itu diterima.

-Wani Noshi-

Friday, 15 July 2011

Carry On and Hatenai Sora-Arashi

Carry On


Every night ends and a new day is born.
That is a new morning that no one knows.

We load our hopes in the crowded train,
or we only stuff it with our worries.

Tell me why can't you sleep.
If you tell it to someone, it would much be easier.

While we are lost during our journey,
let's continue looking up the sky.
Doubting ourselves, holding only our weaknesses,
we keep on walking.

Every rain stops and rainbow is born
From very far away, I built a bridge.

If the bottom of your jeans get wet,
just stand still and don't be impatient.

Tell me your precious dream.
I just won't easily say "do your best".

We are floating, struggling to go somewhere.
But let's continue to look up at our dreams.
With just strong belief in ourselves,
will open the door of the future.

There are some dreams that won't come true.
But don't just give up.
Let's feel the unseen
hopes and wishes.
To carry on, we strongly embrace them.

Without losing sight of your tomorrow,
follow the endless dream.
The rain will stop when the morning come.
Our future will shine once again.

There are no dreams that won't come true.
Let's continue to believe that.
Let's feel the unseen path.
Our own paths.
To carry on, just one step at a time.
To carry on, a future is waiting for us.

To carry on.

Hatenai Sora

Everyday is covered with but, but I don't worry about that anymore.
Even though I'm upset with my clumsiness, I have promise inside my heart.

The unreachable stars are sparkling, in order to touch them I kindly asked a question.
Because my heart is filled with renewed hope, I just have to purse it.

A confident voice is telling me that there is an endless sky.
Should I change myself who can't fly? I'll move forward again and again.
I will definitely start all over again.

Let us believe in the truth instead of the excuses we collected.
Let us smile with an honest face instead of being happy with lies.

When that star passes by again, I will extend my hand in able to catch it.
I just have to believe on the bright future that is tirelessly continuing.

A confident voice is telling me that there is nothing I can't see.
An undying hope is always here.
I will definitely stand up again.

I'll call you out again when the traces of my tears have dried, answer me and let's go to the yet unseen tomorrow.
I realized that I'm not alone, let's move toward that shining door.

A confident voice is telling me that there is an endless sky.
Should I change myself who can't fly? I'll move forward again and again.
Start all over again...

A confident voice is telling me that there is nothing I can't see.
An undying hope is always here.
I will definitely stand up again.


i super love these songs,the meanings are great...0,0





credit:jpopasia

Fadhilat Menderma

  • Umur panjang
  • Berjaya dan selamat daripada azab Allah SWT
  • Selamat daripada api neraka (walaupun sedekahnya hanya sebesar buah tamar)
  • Dapat doa malaikat: Ya Allah berilah kepada orang yang berbelanja hartanya akan gantian.
  • Hampir kepada Allah SWT dan syurgaNya.
  • Jaga keselamatan harta.
  • Dosa diampuni.
  • Menyuci harta dan badan.
  • Menolak bala.
  • Dapat menggembirakan orang-orang miskin.
  • Harta jadi berkat.
  • Bayangan berteduh daripada panas hari kiamat dan meringankannya.
  • Memberatkan timbangan kebajikan.
  • Menjadi nur cahaya di atas titian  sirat.
  • Meninggikan darjat di syurga.
  • Tanda ikut Rasulullah SAW para sahabat dan ulama salaf yang soleh.
  • Menolak 70 pintu kejahatan
  • Menghapuskan kesalahan
  • Boleh minum di kolam nabi SAW.
  • Dapat tempat orang-orang pilihan Allah SWT.
          (source:sinar harian)


First time buat post macam nie.huhu..
Ke arah menjadi seorang pelajar,wanita,(wanita??:p)dan anak yang baik...
(Tapi ARASHI still di hati,,\(0__0)/)